Hukum Zikir
Secara Berjama’ah
A. Ayat-Ayat
Al-Qur’an Yang Mengisyaratkan Tentang Disyari’atkannya Zikir Berjama’ah
Apabila kita meneliti ayat-ayat al-Qur’an yang ada hubungannya dengan masalah zikir, nescaya kita akan menemukan ayat-ayat yang mengisyaratkan tentang disyari’atkannya zikir secara berjama’ah, baik bagi kaum lelaki mahupun kaum perempuan, dalil-dalilnya antara lain dapat dibaca dalam tiga firman Allah S.W.T. berikut ini:
Apabila kita meneliti ayat-ayat al-Qur’an yang ada hubungannya dengan masalah zikir, nescaya kita akan menemukan ayat-ayat yang mengisyaratkan tentang disyari’atkannya zikir secara berjama’ah, baik bagi kaum lelaki mahupun kaum perempuan, dalil-dalilnya antara lain dapat dibaca dalam tiga firman Allah S.W.T. berikut ini:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
اذْكُرُوا اللَّهَ ذِكْرًا كَثِيرًا
a. Firman Allah S.W.T:
Ertinya: “Wahai sekalian orang-orang yang beriman, berzikirlah kalian semua kepada Allah dengan zikir yang banyak.” (Q.S. al-Ahzab: 41)
a. Firman Allah S.W.T:
Ertinya: “Wahai sekalian orang-orang yang beriman, berzikirlah kalian semua kepada Allah dengan zikir yang banyak.” (Q.S. al-Ahzab: 41)
Ayat-ayat yang senada dengan ini
dapat dibaca dalam al-Qur’an Surah al-Baqarah ayat 152 dan ayat 200.
الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللّهَ
b. Firman Allah S.W.T.:
Ertinya: “Orang-orang yang berzikir kepada Allah…” (Q.S. Ali ‘Imran: 191)
b. Firman Allah S.W.T.:
Ertinya: “Orang-orang yang berzikir kepada Allah…” (Q.S. Ali ‘Imran: 191)
c. Dan firman Allah S.W.T:
وَالذَّاكِرِينَ اللَّهَ كَثِيرًا
وَالذَّاكِرَاتِ
Ertinya: “Dan (mereka) lelaki dan perempuan yang banyak berzikir kepada Allah…” (Q.S. al-Ahzab: 35)
Ertinya: “Dan (mereka) lelaki dan perempuan yang banyak berzikir kepada Allah…” (Q.S. al-Ahzab: 35)
Pada firman-firman Allah S.W.T di
atas, yakni Q.S. al-Ahzab ayat 41: Udzkurullah, Q.S. Ali ‘Imran 191:
Yadzkurullah dan Q.S. al-Ahzab ayat 35: Adz-Dzaakiriinallaah dan
Adz-Dzaakiraat, diteliti dari sisi tatabahasa Arab semuanya itu menggunakan
dhamir jama’/plural (antum, hum dan hunna) bukan dhamir mifrad/singular (anta,
huwa, dan hiya). Hal ini jelas mengisyaratkan bolehnya dan dianjurkannya zikir
secara berjema’ah.
B. Hadith-Hadith Nabi S.A.W. Yang
Menjelaskan Tentang Disyari’atkannya Zikir Berjama’ah.
Berkenaan dengan hadith-hadith Nabi
s.a.w yang menjelaskan dengan tegas tentang disyari’atkannya zikir berjama’ah,
sebenarnya banyak sekali. Namun kami akan mencukupkan dengan sepuluh buah
hadith sahaja sebagai berikut:
1). Hadith riwayat Imam al-Thabrani
dari Sahl bin al-Hanhaliyyah r.a. ia berkata, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Tidaklah
duduk suatu kaum pada suatu majlis, di mana mereka berzikir kepada Allah ‘Azza
wa Jalla di tempat itu. Lalu (setelah selesai) mereka berdiri, melainkan
dikatakan (oleh malaikat) kepada mereka: Berdirilah kalian, sesungguhnya Allah
telah mengampuni dosa-dosa kalian dan keburukan-keburukan kalian pun telah
diganti dengan berbagai kebaikan.” (Hadith Riwayat Imam al-Thabrani dari Sahl
bin al-Hanzhaliyah r.a.) {1}
Dari hadith
di atas dapat difahami, bahawa dosa-dosa dan perbuatan buruk orang-orang yang
berzikir di majlis zikir, diampuni oleh Allah dan diganti dengan berbagai
kebaikan. Maksudnya, nafs (jiwa) merka akan menjadi bersih dari fikiran-fikiran
yang kotor dan amaliah mereka yang negatif akan berubah menjadi amaliah yang
positif. Ringkasnya, mereka akan memperoleh pencerahan jiwanya setiap kali
selesai berzikir di majlis zikir.
2). Hadith
riwayat Imam Muslim, Imam Tirmidzi dan Imam Ibn Majah dari Abu Hurairah dan Abu
Sa’id al-Khudri r.a. kedua sahabat itu telah menyaksikan Rasulullah s.a.w.
bersabda:
“Tidaklah
duduk suatu kaum berzikir (menyebut) nama Allah ‘Azza wa Jalla melainkan
dinaungilah mereka oleh para malaikat, dipenuhi mereka oleh rahmat Allah dan
diberikan ketenangan kepada mereka, juga Allah menyebut-nyebut mereka di
hadapan malaikat yang ada di sisi-Nya.” (Hadith Riwayat Imam Muslim, Imam
Tirmidzi dan Imam Ibn Majah dari Abu Hurairah dan Abu Sa’id al-Khudri r.a.) {2}
Dalam hadith
yang tidak diragukan lagi kesahihannya ini, jelas sekali bahawa zikir secara
berjama’ah (beramai-ramai) sangat baik dan sangat banyak faedahnya, yakni
mereka dinaungi oleh para malaikat, dipenuhi rahmat Allah, diberikan kesenangan
batin dan nama-nama mereka disebut-sebut oleh Allah di hadapan para
malaikat-Nya.
3). Hadith
Riwayat Imam Ahmad dan Imam Ibn Hibban dari Abu Sa’id al-Khudri r.a.
bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Allah ‘Azza
wa Jalla akan berfirman pada hari kiamat: “Semua golongan akan tahu siapakah
golongan yang paling mulia.” Rasulullah s.a.w ditanya, “Siapakah golongan yang
paling mulia itu, ya Rasulullah?” Beliau pun menjawab: “Golongan majlis-majlis
zikir.” (Hadith Riwayat Imam Ahmad dan Imam Ibn Hibban) {3}
Hadith Qudsi
ini menyatakan dengan tegas, bahawa majlis zikir adalah majlis yang palaing
mulia dan di hari kiamat kelak, manusia akan menyaksikan kemulian orang-orang
yang suka berzikir di majlis zikir.
4). Pujian
dan do’a Rasulullah s.a.w. terhadap sahabatnya yang bernama ‘Abdullah bin
Rawahah r.a. kerana ia mencintai majlis zikir. Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Semoga
Allah menyayangi Ibn Rawahah, kerana ia mencintai majlis zikir yang mana para
malaikat saling bermegah-megahan dengan majlis itu.” (Hadith Riwayat Imam Ahmad
dengan sanad hadith yang hasan, dari Anas bin Malik r.a.) {4}
Hadith ini
menegaskan, bahawa orang yang mencintai majlis zikir, dengan rajin
menghadirinya, ia akan disayangi oleh Allah S.W.T. yang bersifat al-Rahman dan
al-Rahim.
5). Dari
‘Abdullah bin ‘Amr r.a. ia berkata, aku pernah bertanya kepada Rasulullah
s.a.w.:
“Ya
Rasulullah, apakah ganjaran (balasan) dari majlis zikir?” Beliau pun menjawab,
“Ganjaran (balasan) majlis zikir adalah syurga.” (Hadith Riwayat Imam Ahmad
dengan sanad hadith yang hasan). {5}
Dari hadith
ini, kita dapat memahami, bahawa berzikir di majlis zikir itu sangat besar
balasannya yakni pelakunya akan dimasukkan ke dalam syurga yang penuh dengan
kenikmatan nan abadi.
6). Dari Abu
Darda’ r.a. ia berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sungguh
Allah akan membangkitkan suatu kaum pada hari kiamat, yang wajahnya bercahaya,
di atas mimbar-mimbar yang terbuat dari permata. Orang-orang lain pun berasa
iri terhadap mereka, padahal mereka bukanlah para nabu dan bukan pula syuhada.
Perawi hadith berkata: Mendengar itu, bangkitlah seorang Badwi dengan
berteleksn di atas kedua lututnya, lalu ia berkata, “Terangkanlah kepada kami
tentang mereka agar kami dapat mengetahuinya.” Rasulullah s.a.w. pun bersabda:
“Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai di jalan Allah, mereka terdiri
dari bermacam-macam suku dan bangsa, mereka berkumpul dalam rangka berzikir
kepada Allah, dengan menyebut-nyebut nama-Nya.” (Hadith Riwayat Imam al-Thabrani
dengan sanad hadith yang hasan). {6}
Hadith ini
dengan tegas menyatakan, bahawa zikir secara berjama’ah di majlis zikir itu
dapat membina Ukhuwwah Islamiyyah di antara suku dan bagsa di dunia. Sedangkan
di akhirat kelak, mereka akan dibangkitkan dan berdiri di atas mimbar-mimbar
yang terbuat dari permata intan manikam, sehingga orang lain tidak mahu datang
ke majlis zikir ketika di dunianya, berasa iri atas kurnia yang Allah berikan
kepada mereka yang rajin berzikir di majlis zikir.
7). Dari
Mu’awiyah r.a.: Bahawasanya Rasulullah s.a.w pernah keluar rumah menuju sebuah
halaqah (lingkaran) dari para sahabatnya di dalam Masjid. Kemudian beliau pun
bertanya:
Apakah
gerangan kamu berkumpul di sini? Jawab mereka: “Kami duduk berzikir kepada
Allah Azzawajalla yang telah memberi petunjuk dengan Agama Islam, dan telah
bermurah hati atas kami dengan hidayatnya. Ujar baginda: “Demi Allah, benarkah
itu yang menyebabkan kamu berkumpul itu? Jawab mereka: “Demi Allah, kami tidak
berkumpul di sini melainkan atas tujuan itu semata-mata.” Ujar baginda pula:
“Sebenarnya aku tidak meminta kamu bersumpah kerana aku masih meragukan
kebenaran kamu, tetapi Jibril a.s. telah mendatangiku dan memberitahuku,
bahawasanya Allah Ta’ala memuji-muji kamu di hadapan para Malaikat.” (Hadith
Riwayat Imam Muslim, Imam Tirmidzi dan Imam Nasa’i) {7}
Hadith ini
dengan tegas menyebutkan, betapa Allah membangga-banggakan di hadapan para
malaikat-Nya, terhadap orang-orang yang berzikir di majlis zikir.
8). Dari Abu
Hurairah r.a., ia berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Allah
mempunyai malaikat yang berterbangan di seluruh pelusuk bumi untuk mencari dan
menulis amal baik manusia. Apabila mereka menjumpai sekumpulan manusia berzikir
kepada Allah lalu mereka menyeru sesama mereka: “Marilah ke sini, kita telah
menemui apa yang kita cari.” Lantas mereka datang berduyun-duyun sambil
menghamparkan sayap menaungi orang-orang yang sedang berzikir itu.
Selepas itu lalu Allah bertanya kepada para malaikat, “Apakah yang sedang dilakukan hamba-hambaKu itu ketika kamu meninggalkan mereka?” Malaikat menjawab, “Mereka di dalam keadaan memuji, mengagungkan dan bertasbih kepadaMu wahai Allah.” Allah bertanya lagi, “Adakah mereka itu pernah melihatKu?” Jawab malaikat, “Tidak pernah!” Allah terus bertanya, “Bagaimana sekiranya mereka melihatKu?” Jawab malaikat, “Jika mereka melihatMu, nescaya akan bersangatanlah mereka mengagungkan, bertasbih dan bertahmid kepadaMu ya Allah.”
Allah bertanya lagi, “Mereka memohon perlindunganKu daripada apa?” Malaikat menjawab, “Daripada neraka.” Allah bertanya, “Adakah mereka pernah melihat neraka?” Jawab malaikat, “Tidak pernah!” Allah bertanya, “Bagaimana sekiranya mereka dapat melihat neraka?” Malaikat menjawab, “Mereka akan lari sejauh-jauhnya dari neraka kerana ketakutan.” Allah bertanya, “Apakah permintaan mereka?” Malaikat menjawab, “Mereka meminta daripadaMu syurga.” Allah bertanya, “Adakah mereka pernah melihat syurga?” Jawab malaikat, “Tidak pernah.” Allah bertanya, “Bagaimana sekiranya mereka dapat melihat syurga?” Malaikat menjawab, “Mereka sangat haloba untuk memperolehinya,” Lalu Allah berkata, “Sesungguhnya aku bersaksi, bahawa aku telah mengampunkan mereka.”
Para malaikat bertanya pula, “Wahai Allah! Seseorang telah datang ke dalam kumpulan ini dan dia tidak bercita-cita untuk menjadi sebahagian daripada mereka.” Allah menjawab, “Mereka ini adalah segolongan manusia yang tidak menyakiti orang yang menyertai mereka.” (Hadith Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim dengan lafazh hadith Imam Bukhari). {8}
Selepas itu lalu Allah bertanya kepada para malaikat, “Apakah yang sedang dilakukan hamba-hambaKu itu ketika kamu meninggalkan mereka?” Malaikat menjawab, “Mereka di dalam keadaan memuji, mengagungkan dan bertasbih kepadaMu wahai Allah.” Allah bertanya lagi, “Adakah mereka itu pernah melihatKu?” Jawab malaikat, “Tidak pernah!” Allah terus bertanya, “Bagaimana sekiranya mereka melihatKu?” Jawab malaikat, “Jika mereka melihatMu, nescaya akan bersangatanlah mereka mengagungkan, bertasbih dan bertahmid kepadaMu ya Allah.”
Allah bertanya lagi, “Mereka memohon perlindunganKu daripada apa?” Malaikat menjawab, “Daripada neraka.” Allah bertanya, “Adakah mereka pernah melihat neraka?” Jawab malaikat, “Tidak pernah!” Allah bertanya, “Bagaimana sekiranya mereka dapat melihat neraka?” Malaikat menjawab, “Mereka akan lari sejauh-jauhnya dari neraka kerana ketakutan.” Allah bertanya, “Apakah permintaan mereka?” Malaikat menjawab, “Mereka meminta daripadaMu syurga.” Allah bertanya, “Adakah mereka pernah melihat syurga?” Jawab malaikat, “Tidak pernah.” Allah bertanya, “Bagaimana sekiranya mereka dapat melihat syurga?” Malaikat menjawab, “Mereka sangat haloba untuk memperolehinya,” Lalu Allah berkata, “Sesungguhnya aku bersaksi, bahawa aku telah mengampunkan mereka.”
Para malaikat bertanya pula, “Wahai Allah! Seseorang telah datang ke dalam kumpulan ini dan dia tidak bercita-cita untuk menjadi sebahagian daripada mereka.” Allah menjawab, “Mereka ini adalah segolongan manusia yang tidak menyakiti orang yang menyertai mereka.” (Hadith Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim dengan lafazh hadith Imam Bukhari). {8}
Hadith sahih
ini menjelaskan dengan terang benderang, bahawasanya majlis zikir itu adalah
suatu majlis yang dicari-cari dan dihadiri oleh malaikat. Mereka memenuhi
majlis zikir itu dengan sayap-sayap mereka sehingga barisan mereka sampai ke
langit dunia. Dan Allah pun menyatakan di hadapan para malaikat, bahawa Dia
telah mengampuni dosa-dosa setiap orang yang hadir di majlis zikir itu.
9). Hadith
dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
“Allah
Ta’ala berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku kepda-Ku. Dan Aku
bersamanya apabila ia berzikir (mengingat) Aku. Kalau ia berzikir kepada-Ku
secara tersembunyi (dalam hatinya saja), Aku pun ingat pula kepadanya seperti
itu, kalau ia berzikir (mengingat) Aku dalam majlis, maka Aku pun ingat pula
kepadanya dalam majlis yang lebih baik dari itu (iaitu majlis malaikat).”
(Hadith Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim. {9}
Dalam hadith
sahih ini terdapat beberapa pelajaran penting, antara lain yang pertama,
tentang hubungan Allah dengan hamba-Nya sesuai dengan persangkaan hamba kepada
Allah. Maksudnya adalah agar seorang hamba senantiasa berbaik sangka
(husnuzhzhan) kepada Allah dan hendaknya jangan sampai berputus asa dari
rahmat-Nya. Yang kedua, apabila seorang hamba berzikir kepada Allah, maka Allah
pun akan selalu menyertainya. Dan yang ketiga, apabila seorang hamba berzikir
kepada Allah dalam hatinya, maka Allah pun akan mengingat dia seperti itu.
Namun apabila seorang hamba bertzikir kepada Allah di suatu majlis, maka Allah
akan mengingat dia di majlis malaikat, yakni dengan membangga-banggakannya di
hadapan mereka. Kenapa demikian? Kerana hal ini didasari oleh ketaatan manusia.
Pebuatan ibadah manusia lebih baik daripada ibadah malaikat, kerana manusia
beribadah dengan pandangan yang ghaib, sedangkan malaikat beribadah kepada
Allah dengan pandangan musyahadah, yakni menyaksikan secara langsung hal-hal
yang berhubungan dengan perkara ghaib, sehingga apabila mereka melihat syurga
dan neraka, hal itu tidak ada pengaruhnya terhadap keimanan mereka. Oleh kerana
itulah, bagi orang-orang yang taat beribadah dan selalu zikrullah, Allah pun
selalu memuji dan membangakannya di hadapan para malaikat.
10).
Tersebut dalam sebuah hadith:
“Dari ‘Abd
al-Rahman bin Sahl bin Hanif, ia berkata: Pada suatu saat, ketika Rasulullah
s.a.w berada di salah satu rumahnya, turunlah ayat kepada beliau, yang ertinya:
“Dan bersabarlah kamu bersama orang-orang yang menyeru Tuhannya pada pagi dan
senja hari dengan mengharap keredhaan-Nya.” (Surah al-Kahfi: 28), Maka setelah
menerima wahyu itu, Rasulullah s.a.w. keluar untuk mencari orang-orang yang
dimaksudkan dalam ayat tersebut. Kemudian beliau menjumpai sekelompok orang
yang sedang sibuk berzikir. Di anatara mereka ada yang rambutnya tidak teratur
dan kulitnya kering, dan ada yang hanya memakai sehelai kain. Ketika Rasulullah
s.a.w. melihat mereka, beliau pun duduk bersama mereka dan bersabda, yang
ertinya: “Segala puji bagi Allah, yang telah menciptakan di antara umatku
orang-orang yang mernyebabkan aku diperintahkan duduk bersama mereka.” (hadith
Riwayat Imam al-Thabrani, Imam Ibn Jarir dan Imam Ibn Mardawaih) {10}
Dalam
riwayat hadith yang lain dikatakan:
“Dari Tsabit
ia berkata: “Ketika sahabat Salman (al-Farisi) bederta kawan-kawannya sedang
sibuk berzikir, lewatlah Rasulullah s.a.w. di hadapan mereka. Maka mereka
terdiam sebentar. Lalu beliau bertanya: “Apa yang sedang kalian lakukan?”
Mereka menjawab: “Kami sedang berzikir.” Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sungguh aku melihat rahmat Allah turun di atas kalian, maka hatiku tertarik
untuk bergabung bersama kalian membaca zikir.” Lantas beliau bersabda yang
ertinya: “Segala puji bagi Allah yang telah menciptakan dari umatku orang-orang
yang aku diperintahkan duduk bersama mereka.” (Hadith Riwayat Imam Ahmad). {11}
Dari dua
hadith ini, kita dapat mengetahui dengan jelas, bahawasanya Rasulullah s.a.w.
bukan hanya sekadar menganjurkan zikir berjama’ah, akan tetapi beliau pun juga
berzikir dengan para sahabat yang berada di majlis zikir. Dengan kata lain,
dalam hal zikir berjama’ah itu beliau buykanlah hanya sekadarteoritis berupa
anjuran-anjuran saja, akan tetapi juga secara praktis.
Demikianlah
kami kemukakan tidak kurang sepuluh hadith Nabi s.a.w yang menjelaskan tentang
disyari’atkannya zikir secara berjama’ah, baik berdasarkan Sunnah Qauliyah dan
Sunnah Fi’liyahnya, mahu pun berdasarkan Sunnah Taqririyahnya.
C.
Fatwa-Fatwa Ulama Tentang Disyari’atkannya Zikir Berjama’ah
Disyari’atkannya
zikir berjama’ah itu selain terdapat dalam isyarat al-Qur’an dan dalil-dalil
tegas dalam hadith-hadith Nabi s.a.w., seperti yang telah kami kemukakan di
atas tadi, sebagai pelengkap kami pun menganggap perlu untuk mengemukakan
fatwa-fatwa ulama kenamaan tentang disyari’atkannya zikir berjama’ah, baik
ulama dari Timur Tengah mahu pun dari Indonesia sendiri, sebagai berikut:
a. Imam Abu
Zakariya Yahya bin Syaraf al-Nawawi (w. 676 H), seorang ulama kenamaan dari
Syria, berkata:
“Ketahuilah,
sebagaimana zikir itu sunat hukumnya, begitu juga sunat hukumnya duduk dalam
majlis orang-orang berzikir, kerana begitu banyak dalil-dalil yang menyatakan
hal itu.” {12}
b. Imam Sayid Sabiq (w. 1422 H),
seorang ulama kenamaan dari Mesir, berkata:
“Disunatkan duduk dalam majlis
zikir.” {13}
Sebelum berfatwa demikian, ia telah
membuat judul dengan:
(Sunat berkumpul di majlis zikir)
c. Prof. Dr. T.M. Hasbi
Ash-Shiddieqy (w. 1975 M) juga berkata:
“Sangatlah disukai kita mengadakan
halqah-halqah (tempat-tempat) yang ditentukan untuk berzikir dan membiasakan
berzikir di tempat-tempat itu, mengingat hadith-hadith Nabi s.a.w. yang tersebut
di bawah ini:
Bersabda Rasulullah s.a.w.:
Bersabda Rasulullah s.a.w.:
“Tiada berkumpul sesuatui kaum di
dalam sesuatu rumah Allah (masjid) untuk menyebut nama Allah dengan maksud
hendak memperoleh keredhaan-Nya, melainkan Allah memberikan ampunan kepada
mereka itu dan menggantikan keburukan-keburukan mereka dengan berbagai-bagai
kebaikan.” (Hadith Riwayat Ahmad, al-Targhieb, 3:63).
Bersabda Rasulullah s.a.w. pula:
“Tiadalah duduk sesuatu kaum
menyebut Allah, melainkan dinaungilah mereka oleh malaikat dan diselubungi
mereka dengan rahmat Allah dan diturunkan ketenangan kepadanya. Juga Allah
menyebut-nyebut mereka itu di hadapan orang-orang yang di sisi-Nya.” (hadith
Riwayat Muslim, Riyadlus Solihin: 469).
Demikinlah fatwa para ulama sekitar
disyari’atkannya zikir berjama’ah.
Catatan
{1}. Zakiyuddin al-Mundziri,
al-Targhib wa al-Tarhib, (Beirut: Dar al-Fikr, 1408 H/1989 M) Editir: Musthafa
Muhammad ‘Imarah, jilid II, hlm. 398.
{2}. Abu
al-Husain Muslim bin al-Hajjaj al-Naisaburi, Sahih Muslim, (Bandung: Dahlan
t.th), Jilid 2, hlm. 474, Abu ‘Isa al-Tirmidzi, Sunan al-Tirmidzi, (Beirut: Dar
al-Fikr, Cet. II, 1403 H/1983 M), Editor Abd al-Wahhab Abd al-Lathif, Jilid 2,
hlm. 128, dan Abu ‘Abdillah Ibn Majah al-Qazwini, Sunan Ibn Majah, )Beirut: Dar
al-Fikr, Cet. II, tth), Jilid 2, hlm. 418. Dan lihat: Ahmad Dimyathi
Badruzzaman, Amaliah Zikir Taubah M. Arifin Ilham Ditinjau Dari Syari’at islam,
(Depok: Cipta Salam, Cet. 1, 1426 H/2002 M), hlm. 7.
{3}.
Syarafuddin al-Dimyathi, al-Matjar al-Rabih fi Tsawah al-‘Amal al-Shalih,
(Beirut: Mu’assasah al-Kutub al-Tsaqafiyyah, Cet. III, 1414 H/1994 M), Editor:
Muhammad Husam Baidhun, hlm. 285.
{4}. Zakiyuddin al-Mundziri, Op.
Cit., Jilid 2, hlm. 403.
{5}. Syarafuddin al-Dimyathi, Op.
Cit., hlm. 287.
{6}. Zakiyuddin al-Mundziri, Op.
Cit., Jilid 2, hlm. 406.
{7}. Zakiyuddin al-Mundziri, Ibid,
hlm. 403.
{8}. Abu ‘Abdillah al-Bukhari, Op.
Cit., Jilid 4, hlm. 114, dan Abu al-Husain Muslim nin al-Hajjaj al-Naisaburi,
Op. Cit., Jilid 2, hlm. 471.
{9}.
Muhammad Fuad ‘Abd al-Baqi, al-Lu’ lu’ wa al-Marjan fi ma Ittiafaqa ‘alaih
al-Syaikhan, (Kairo: Dar al-Hadits, 1407 H/1986 M), Juz. 3, hlm. 223. Lihat
Bukhari, Op. Cit., Jilid 4, hlm. 278, dan Muslim, Op. Cit., Jilid 2, hlm. 470.
{10}.
Jalaluddin al-Suyuthi, al-Darr al-Mautsur fi al-Tafsir bi al-Ma’tsur, (Beirut: Muhammad
Amin Damaj, t.th), Jilid 4, hlm. 219, dan lihat Ibn Jarir al-Thabari, Jami’
al-Bayan fi Tafsir al-Qur’an, (Beirut: Dar al-Ma’rifah, Cet. 1, 1409 H/1989 M),
Jilid 8, Juz 15, hlm. 155.
{11}. Jalaluddin al-Suyuthi, Ibid.,
hlm. 219.
{12}. Abu
Zakariya Yahya bin Syaraf al-Nawawi, al-Adzkar, (Bandung: Syirkah al-Ma’arif,
t.th), hlm. 8. Lihat pula Ibn ‘Allan al-Shiddiqi, al-Futuhat al-Rabbaniyyah,
(Beirut: Dar al-Fikr, 1398 H/1978 M), Juz. 1, hlm. 89-90.
{13}. Sayid
Sabiq, Fiqh al-Sunnah, (Beirut: Dar al-Fikr, Cet. II, 1400 H/980 M), jilid I,
hlm. 492.
{14}. T.M.
Hasbi Ash-Shiddieqy, Pedoman Dzikir dan Doa. (Jakarta: Bulan Bintang, Cet. VI,
1982), hlm. 57.
{15}. Ibid.
Dipetik dari
buku “Zikir Berjamaah Sunnah Atau Bid’ah” karangan Drs. Ahmad Dimyathi Badruzzaman.
http://pondokhabib.wordpress.com/2010/06/26/hukum-zikir-secara-berjama%E2%80%99ah/
Tidak ada komentar:
Posting Komentar