Tenangkan Diri Sebelum Membuat Keputusan
Kategori : ARTIKEL, Remaja
& Cinta
Pernah tak
anda membuat keputusan ketika anda sedang marah? Adakah keputusan yang dibuat
itu merupakan keputusan yang betul dan memberikan kepuasan pada diri anda?
Pernah pada
suatu hari itu, seorang lelaki sedang menghadapi masalah dengan kekasihnya.
Disebabkan tidak tahan dengan perangai dan sikap kekasihnya menyebabkan dia
ingin membuat satu keputusan yang bagi saya tidak patut dia lakukan.
Pada ketika
itu, beliau berada dalam keadaan tertekan dan marah dan memberitahu pada saya
yang dia ingin memutuskan hubungan dengan kekasihnya.
Lantas
segera saya menasihatinya supaya tenang dan jangan buat keputusan secara
terburu-buru. Pada mulanya, beliau tidak mau mendengar nasihat saya. Mungkin
beliau masih dalam keadaan marah ataupun beremosi.
Tetapi
setelah dijelaskan dengan lebih lanjut mengenai akibat dari keputusan yang dia
bakal buat menyebabkan dia menarik semula keputusan itu.
Dalam
situasi ini, kita masih bernasib baik kerana saya sempat menghalangi beliau
dari melafazkan kata untuk memutuskan hubungan dengan kekasihnya. Dan setelah
beliau beristirahat sebentar dan berpikir sejenak, barulah dia sadar yang jauh
di sudut hati, masih ada lagi sifat sayang dan cinta pada kekasihnya. Dan
baru-baru ini beliau sedang gembira dan ceria disamping kekasihnya yang
tersayang.
Apa yang
saya coba sampaikan dalam artikel kali ini adalah, jangan biarkan diri kita
membuat keputusan ketika kita sedang marah, emosi ataupun pikiran terganggu.
Berikan diri kita waktu untuk menenangkan diri terlebih dahulu. Biarkan diri
kita beristirahat sebelum kita membuat keputusan yang emosional.
Keputusan
yang dibuat secara terburu-buru yang dicampur dengan kemarahan dan emosi, akan
menghasilkan keputusan yang mengecewakan, sedih dan menyedihkan. Jadi, sebelum
kita membuat keputusan, pastikan diri kita tenang supaya keputusan yang kita
buat tidak akan mengecewakan kita di masa depan.
http://www.tentangcinta.com
Tidak ada komentar:
Posting Komentar