REMAJA HATI
HATI DENGAN JERAT CINTA
Kategori : ARTIKEL, Remaja & Cinta
CINTA itu adalah perasaan yang mesti ada pada
tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih
dan suci. Cuma tanahnya yang berlain-lain menerimanya.
Jika ia
jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah
serong dan lain-lain perkara tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang
subur, di sana akan tumbuh kesucian hati, keikhlasan, budi pekerti yang tinggi
dan lain-lain perangai yang terpuji.”
- Ilmuan tersohor Profesor Dr. Hamka
Sememangnya perasaan kasih dan sayang atau cinta adalah kurniaan Allah yang amat unik dalam diri setiap insan. Cinta luhur dan suci, namun mampu bertukar menjadi jerat memakan diri jika tidak diurus secara rasional.
Justeru, timbul isu-isu seperti lari dari rumah gara-gara mengikut teman lelaki. Lebih malang apabila ia membabitkan remaja bawah umur dan masih di bangku sekolah, sebagaimana yang banyak berlaku akhir-akhir ini.

Akibat ‘demam cinta’ mereka sanggup
mengikut lelaki yang tidak diketahui asal-usulnya, sekali gus melukakan hati
ibu bapa dan keluarga, serta menggadaikan masa depan dengan meninggal alam
persekolahan.
Persoalan sekarang apakah faktor
yang mendorong remaja ini bertindak senekad itu. Sejauh mana kefahaman mereka
tentang istilah cinta yang sebenar atau sekadar suka-suka menyebutnya?
Sebelum persoalan ini dijawab, pakar
motivasi, Dr. Robiah K. Hamzah, lebih suka menjelaskan istilah cinta itu
sendiri.
Katanya, apa sahaja yang membuatkan
mereka gembira, tenteram, kenyang dan menang, itulah cinta bagi remaja
sekarang.
“Soal halal haram tidak ada lagi,
asal sahaja keperluan dan kehendak mereka berjaya dicapai, itu sudah dianggap
kemenangan besar,’’ ujarnya.
Malah katanya, dorongan-dorongan
kepada minda seksualiti bahawa cantik, hebat dan popular itu lebih penting,
secara tidak langsung membangkitkan keghairahan untuk melakukan sesuatu yang
luar biasa.
Menerangkan lebih lanjut katanya,
kurang kemahiran di kalangan ibu bapa dalam menangani anak-anak di peringkat
usia ini, juga mendorong anak-anak remaja terjerumus kepada kancah tidak sihat.
Ini katanya, berkait rapat dengan
cara dan bagaimana ibu bapa mahu berhadapan serta membangunkan minda mereka
sesuai dengan kehendak remaja hari ini.
Malah lebih malang, apabila asas agama yang selama ini menjadi tunjang kepada kehidupan, tidak lagi berjaya disuburkan oleh ibu bapa di kalangan anak-anak mereka.
Malah lebih malang, apabila asas agama yang selama ini menjadi tunjang kepada kehidupan, tidak lagi berjaya disuburkan oleh ibu bapa di kalangan anak-anak mereka.
“Remaja hari ini jauh berbeza dengan
remaja dahulu. Hakikat yang perlu diterima ibu bapa hari ini ialah cara mereka
membesar jauh berbeza dengan anak-anak sekarang. Begitu juga dari segi
keperluan, kehendak serta cabaran yang dihadapi,’’ ujarnya.
Malah katanya, ibu bapa perlu sedar
tahap kematangan anak-anak mereka hari ini lebih cepat atas dorongan dan
pengaruh persekitaran.
Berkasih sayang
Kematangan yang dimaksudkan bukan sahaja dari segi keperluan fizikal tetapi termasuk dari segi biologi.
Kematangan yang dimaksudkan bukan sahaja dari segi keperluan fizikal tetapi termasuk dari segi biologi.
“Pada usia lapan atau sembilan
tahun, ada yang sudah mencapai akil baligh. Keinginan untuk berkasih sayang dan
tertarik kepada seseorang berlainan jantina sedikit sebanyak sudah berputik
dalam diri anak-anak ini.
“Sebagai individu yang melalui
proses peralihan dari usia kanak-kanak ke remaja, perasaan menyukai pada
seseorang mudah timbul,’’ ujarnya.
Walaupun tidak salah kata Robiah, remaja ini harus dibimbing dengan betul tentang bagaimana untuk mengurus perasaan tersebut.
Walaupun tidak salah kata Robiah, remaja ini harus dibimbing dengan betul tentang bagaimana untuk mengurus perasaan tersebut.
Peranan ibu bapa untuk memberitahu
bahawa pada usia remaja keutamaan mereka adalah pelajaran sebagai permulaan
bagi membina masa depan.
Cinta usia remaja atau lebih dikenali dengan jolokan ‘cinta monyet’ hanya menganggu tumpuan kepada pelajaran gara-gara hanyut dilanda perasaan.
Cinta usia remaja atau lebih dikenali dengan jolokan ‘cinta monyet’ hanya menganggu tumpuan kepada pelajaran gara-gara hanyut dilanda perasaan.
Beliau berkata, emosi memang
bersifat subjektif tetapi dalam usia muda, apa yang lebih menjadi tanggungjawab
mereka ialah menghabiskan pelajaran bukan masanya untuk diamuk perasaan cinta.
Lebih teruk lagi jika jatuh hati
pada lelaki yang baru sahaja dikenali hingga ada kalanya boleh memberi kesan
psikologi kepada pelajar.
“Remaja harus ingat, pada waktu ini
kesempatan terbaik untuk merencanakan masa depan, mencipta kejayaan dalam
hidup, bukan hanya berangan-angan kosong,” katanya.
Robiah mengingatkan bahawa, kematangan yang tidak diurus dengan baik membuatkan ada antara remaja tidak berasa takut untuk meredah apa sahaja yang ada di luar dari rumah mereka.
Robiah mengingatkan bahawa, kematangan yang tidak diurus dengan baik membuatkan ada antara remaja tidak berasa takut untuk meredah apa sahaja yang ada di luar dari rumah mereka.
Ini ditolak lagi oleh faktor
persekitaran termasuk pendedahan yang dibuat media massa dan elektronik,
sehingga remaja berasa mereka juga mempunyai hak dan kebebasan sendiri.
“Bagi anak remaja ini mereka berasa mereka sudah boleh membuat keputusan sendiri, tanpa perlu dikawal ibu bapa atau pihak sekolah,’’ ujarnya.
“Bagi anak remaja ini mereka berasa mereka sudah boleh membuat keputusan sendiri, tanpa perlu dikawal ibu bapa atau pihak sekolah,’’ ujarnya.
Dalam keadaan ini, tidak ramai ibu
bapa yang cuba untuk memahami perubahan-perubahan serta kehendak anak-anak ini.
“Cara didikan ibu bapa sekarang tidak lagi sesuai dengan jiwa anak-anak yang semakin berani dan terbuka.
“Cara didikan ibu bapa sekarang tidak lagi sesuai dengan jiwa anak-anak yang semakin berani dan terbuka.
“Apabila ibu bapa masih mengekalkan
cara mendidik anak sama seperti 20 atau 30 tahun dulu, secara tidak langsung
anak-anak akan berasa terdapatnya jurang ketidakserasian antara mereka dan ibu
bapa,’’ jelasnya yang juga Presiden Wanita Islam Antarabangsa, Malaysia.
Keadaan diburukkan lagi apabila sikap dan kefahaman anak remaja hari ini yang tidak lagi kuat untuk menjurus kepada pendidikan keagamaan.
Keadaan diburukkan lagi apabila sikap dan kefahaman anak remaja hari ini yang tidak lagi kuat untuk menjurus kepada pendidikan keagamaan.
Ketaatan mereka terhadap ibu bapa
semakin rendah, begitu juga ketaatan kepada Tuhan dipandang ringan.
Akibat daripada kerapuhan iman
inilah, remaja berjaya membina budaya ‘mereka boleh hidup sendiri’ berpandukan
apa yang mereka lihat dan buat.
“Kebanyakannya melupakan akhirat dan
terlalu mengejar keduniaan. Katanya, konsep membangunkan budaya ketuhanan sudah
tidak ada sebaliknya mengutamakan keperluan duniawi.
“Apabila mereka lebih mengutamakan
keduniaan, mencari kekayaan dengan cara jalan pintas sehingga melupakan halal
haram, maka generasi yang tidak berkualiti akan dilahirkan,’’ ujarnya
mengakhiri perbualan
http://cintatips.blogspot.com
Tidak ada komentar:
Posting Komentar